Assalamualaikum dan salam sejahtera.. baik, harini saya nak kongsikan tentang satu terma yang dah tak asing lagi untuk para guru. "Pembelajaran Terbeza". Seperti yang kita semua dah maklum, Pembelajaran Terbeza ni bermaksud murid dapat belajar secara paling berkesan, mengikut aras murid yang berbeza. Dalam Pembelajaran Terbeza ni, kita mengambil kira tentang tahap murid kita, kecenderungan murid dan juga kemampuan murid kita untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.
Memandangkan sekarang kita sedang dalam situasi PdPR, saya rasa para guru tentu memikirkan tentang bagaimana untuk kita pastikan semua murid kita terlibat dan belajar secara berkesan sama ada secara dalam talian ataupun luar talian.
Dari apa yang dikongsikan oleh Coach Herry dan Coach Nisak dalam webinar mereka tempoh hari, terdapat EMPAT ELEMEN PEMBELAJARAN TERBEZA iaitu:
* Proses
--- Bezakan dari segi Isi Pelajaran, Skop, Masa, Aktiviti Pembelajaran Murid.
* Kandungan
--- Bezakan Kandungan, Kemahiran mengikut tahap murid.
* Produk
--- Bezakan Hasil Pembelajaran yang murid persembahkan.
* Persekitaran
--- Bezakan Hasil, Ruang Belajar, Bahan Belajar.
** Apa yang cikgu2 perlu ingat ialah pembelajaran terbeza ni tidak membezakan murid kita dari segi kemahiran tetapi yang berbeza ialah proses nak mencapai objektif, kandungan yang dibekalkan kepada murid, produk yang murid hasilkan dan juga persekitaran atau sumber untuk murid rujuk. Kemahiran yang ingin kita terapkan kepada setiap murid tetap sama.
Contohnya:
Semua murid dapat hasilkan produk yang mengaplikasikan konsep ketumpatan. Kemahiran yang perlu ada pada murid-murid tersebut ialah membezakan dari segi ketumpatan setiap objek. Tetapi, hasil atau produk akhir bergantung kepada tahap murid tersebut. Guru boleh beri contoh produk seperti kapal selam, kapal, air minuman 3 lapis, video telur dalam larutan garam, dan macam-macam lagi. Jadi murid boleh pilih produk yang ingin mereka hasilkan, sesuai dengan tahap masing-masing. Murid akan rasa lebih bebas untuk menghasilkan karya mereka sendiri dan tak mustahil mereka dapat menghasilkan produk yang lebih berkualiti dengan kebebabasan dan kepercayaan yang diberi oleh guru.
Satu lagi yang saya dapati dari webinar ini ialah, sebelum menjayakan pembelajaran terbeza ni, guru perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa perkara iaitu: Aras pembelajaran murid, Kemampuan murid, dan Kecenderungan murid. Aras pembelajaran diperolehi dari analisa kemahiran/pencapaian murid. Kemampuan murid boleh diperolehi dari pemerhatian kita terhadap tugasan yang murid hasilkan sebelum ini, behaviour murid di dalam kelas kita dan lain-lain pemerhatian terhadap murid kita. Kecenderungan murid boleh diperolehi dari ujian psikometrik dan juga pemerhatian guru subjek itu sendiri.
Dengan situasi PdPR kita sekarang, kita dapat akses kepada pelbagai sumber yang kita dapat bekalkan kepada murid-murid kita. Jadi, murid yang berbeza tahap, tetap dapat mencapai objektif yang ditetapkan, menggunakan sumber dan bahan-bahan yang pelbagai dan yang mana mereka rasakan sesuai dengan diri mereka. Guru dapat bekalkan bahan secara atas talian bagi murid yang dapat akses secara atas talian. Bagi murid yang mempunyai masalah capaian internet juga guru boleh menyediakan modul mengikut tahap murid. Diharapkan dengan adanya Pembelajaran Terbeza ini, semua murid akan mendapat peluang untuk belajar dengan lebih berkesan pada tahap yang optimum! :)
Terima kasih..