Bismillahirrahmanirrahim...
Baiklah, untuk subjek Sains ni tak sah kalau kita belajar tanpa kita jalankan eksperimen.. bagi saya sendiri, mengajar murid dengan cara menjalankan eksperimen memang puas.. selain kita dapat tengok kemahiran murid sepanjang eksperimen tu, kita juga dapat bimbing murid untuk explore sendiri konsep yang mereka belajar tu..
Walaupun mungkin penat sikit kan, sebab kita nak entertain seraaaaaamai mungkin anak murid kita yang sangat bersemangat nak menimba ilmu.. tapi memang puas bila murid berjaya dapatkan keputusan eksperimen yang positif!
Baiklah jadi harini saya nak kongsikan eksperimen wajib yang perlu murid buat di sekolah,
yang saya pasti guru-guru memang dah sentiasa buat setiap tahun..
Bagi Tingkatan 1,
Dalam subjek sains ni kita ada banyak eksperimen yang menarik untuk dijalankan dan kalau diberi kesempatan memang kita nak buat semua dengan anak murid.. tapi kita perlu rancang PdP kita supaya dapat laksanakan dengan berkesan. Apa yang penting, murid dapat apa yang kita nak sampaikan.. in syaa Allah..
Tambahan pula, kita sekarang dalam musim PdPR dan apabila kita berpeluang untuk mengajar dan belajar secara face-to-face, kita perlu pilih eksperimen mana yang kita akan jalankan dengan anak-anak murid kita.
Bagi tingkatan 3, berikut merupakan senarai eksperimen wajib
Selain itu, eksperimen ni juga penting sebagai pentaksiran kita terhadap Domain Penyiasatan Saintifik dan Domain Kemahiran Saintifik dan Nilai Murni. Walaupun PT3 bagi tahun 2021 ditangguhkan, murid tingkatan 3 perlu didedahkan dengan kemahiran saintifik yang akan mereka aplikasikan semasa di tingkatan empat dan tingkatan lima nanti.
Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini.
Semoga bermanfaat untuk para guru serta murid.
Assalamualaikumm bubbbye! :)
No comments:
Post a Comment