Assalamualaikum wbt semua..
PdPR bersambung lagi dan harini hari pertama PdPR bagi sekolah di negeri kumpulan B..
Macam mana pengalaman semua?
Bertambah baik? Bertambah stress? atau sama je :D
Okay ni saya kongsikan jadual PdPR saya yang saya rasa sangat sesuai untuk PdPR.. masa satu jam tiga puluh minit ni memang sangat sesuai bagi saya. Tak terlalu sekejap dan tak terlalu lama..
Murid sempat untuk isikan link kehadiran dengan tenang dan bersedia untuk menyertai PdPR.. macam saya, saya lebih selesa gunakan medium Voice Chat pada telegram untuk pembelajaran online dan tugasan pula saya akan jadualkan (schedule) lebih awal di Google Classroom sebagai pembelajaran offline.
Selepas melalui hari pertama ni, saya rasa perjalanan PdPR lancar dan memuaskan hati. Murid yang mempunyai masalah line, yang tidak dapat menyertai voice chat sepenuhnya, akan memaklumkan kepada guru dalam telegram group, berkomunikasi melalui chat dan seterusnya menghantar tugasan di Google Classroom.
Tiada alasan jika murid betul-betul ingin menyertai PdPR sebenarnya. Sekian sahaja perkongsian kali ini. Jom tengok hasil kerja murid semasa cuti :) :) :)
POSTERS BY 3 BESTARI.............. :D
https://youtu.be/F4jUfhCEs0A
Selamat Menonton :)
No comments:
Post a Comment