Bismillah..
Haa ingat lagi tak tentang elemen-elemen yang ada dalam SKPMg2? Cikgu-cikgu mesti dah familiar tentang ni kan. Setiap tahun kita akan dinilai dan juga membuat penilaian kendiri terhadap Pdpc kita bersama murid. Penilaian yang dibuat tu melibatkan pelaksanaan enam elemen penting iaitu;
SKPMg2 Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan.
π£ 4.1 Guru Sebagai Perancang
π£ 4.2 Guru Sebagai Pengawal
π£ 4.3 Guru Sebagai Pembimbing
π£ 4.4 Guru Sebagai Pendorong
π£ 4.5 Guru Sebagai Penilai
π£ 4.6 Murid Sebagai Pembelajar Aktif
Okay, untuk Pdpr, pelaksanaan elemen-elemen ni dilihat agak berbeza dan mencabar. Hal ini kerana kita semua sedia maklum, murid-murid kita bukan lagi berada di hadapan kita, di dalam kelas bersama kita, sebaliknya mereka berada jauh dari kawalan kita.
Jadi, bagaimana cara kita untuk memastikan kesemua elemen tetap dilaksana sepanjang pdpr?
✅ Pertama,
- Sebagai guru, kita perlu menyediakan RPH yang sesuai mengikut masa yang diperuntukkan untuk kelas tersebut, menentukan kaedah pentaksiran yang akan digunakan bagi menilai murid, juga menyediakan sumber pendidikan yang sesuai dan boleh dicapai oleh murid.
- Kita boleh mencadangkan supaya murid menyediakan ruang khas untuk belajar di rumah. Ruang belajar tidak perlu mewah, cukup sekadar selesa dan dapat membantu murid menumpukan perhatian sepanjang pdp. Saya ada menonton satu webinar perkongsian dari seorang guru tuisyen online yang berkongsi pengalaman beliau bersama murid yang belajar di bawah meja dan di sebalik langsir, demi mendapatkan kawasan yang selesa dan ‘privacy’ untuk mereka belajar.
- semasa merancang, kita juga perlu memikirkan keupayaan murid dalam melaksanakan jumlah tugasan yang kita bekalkan.π
✅ Kedua,
- Sebagai pengawal Pdpr, kita memainkan peranan utama dalam menentukan isi pelajaran yang ingin dikuasai oleh murid, namun kita bolehlah melibatkan murid secara aktif. Sama ada semasa Google Meet, atau dalam perbincangan di group Whatsapp atau Telegram.
- Kita juga boleh mengawasi komunikasi murid sesama mereka, dan juga komunikasi mereka dengan kita. Kita sebagai guru dan orang dewasa, perlu menegur perlakuan/perkataan yang kurang sesuai (sekiranya ada). Kita perlu sedar bahawa murid-murid kita masih remaja dan perlu ditegur/dididik secara berterusan. Dengan zaman yang semakin canggih ini, murid banyak didedahkan dengan perkataan yang kurang sesuai. Haaa masa ni lah peranan kita sebagai guru untuk menegur mereka dengan cara yang berhemah.
- Tidak dilupakan, suasana pembelajaran yang menyeronokkan tetap boleh diwujudkan semasa pembelajaran online. Sekali sekala, kita boleh mengadakan kelas menggunakan aplikasi Google Meet atau Zoom atau Webex, supaya dapat berkomunikasi secara dua hala dan secara aktif untuk mengetahui keadaan murid-murid kita. In syaa Allah, kita sesuaikan dengan keadaan dan capaian internet kita serta murid.π
✅ Ketiga,
- Sebagai pembimbing, kita perlu memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi kemahiran. Oleh itu, kaedah memberi kerja rumah melalui whatsapp semata-mata, tidak mencukupi. Kita perlulah memastikan bahawa murid mendapat sumber pendidikan yang sesuai, dan dibimbing untuk menyelesaikan masalah yang diberikan, dan dibimbing membuat keputusan.
- Murid boleh menghubungi guru di dalam group kelas ataupun secara personal. Fleksibel sangat penting dalam Pdpr, namun perlu disesuaikan dengan pengurusan masa guru. Sekiranya kita selesa dihubungi murid selepas waktu kelas, kita boleh memaklumkan kepada murid. Kita juga boleh menetapkan masa yang tidak sesuai, sebagai contoh, selepas jam 10.00 malam dan sebagainya. Bagi guru yang tidak mempunyai kekangan, tidak menjadi masalah untuk menjawab pertanyaan murid selepas waktu tersebut. Semuanya bergantung kepada cara guru tersebut. Tidak ada satu kaedah yang betul untuk semua guru. Yang penting, murid dapat mengaitkan isi pelajaran yang dipelajari dengan kemahiran yang ingin dicapai. π
✅ Keempat,
- Guru sebagai pendorong. Dalam elemen ini, guru boleh merangsang murid untuk berkomunikasi dan berkolaboratif sesama mereka. Kita boleh mewujudkan kumpulan murid untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Murid juga boleh dilantik sebagai guru muda bagi membimbing rakan mereka.
- sebagai guru, kita cuma memastikan semua murid diberi peluang untuk memimpin, mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran. Memandangkan murid berada jauh dari kita, jadi amat penting untuk kita mewujudkan rasa selesa dalam diri murid untuk bertanyakan soalan kepada kita.
- kita juga perlu sentiasa menghargai dan memberi galakan kepada murid. Haa murid yang rasa dihargai, pasti akan menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam penglibatan pdpr. π
✅Kelima,
- Kita tidak dapat lari dari melaksanakan PBD atau Pentaksiran Bilik Darjah. PBD penting dalam menentukan Tahap Penguasaan (TP) murid kita.
- sebagai pentaksiran, pelbagai kaedah boleh dijalankan untuk melihat sejauh mana penguasaan murid dalam sesebuah topik. Bagi murid yang mencapai, pencapaian mereka akan direkodkan dalam Rekod PBD. Bagi murid yang belum mencapai, guru boleh memberi latihan dalam bentuk yang lain. Dari sini, guru dapat mengenalpasti kelompok murid yang perlu diberikan perhatian.
- Dari rekod PBD, kita juga boleh membuat refleksi tentang keseluruhan Pdpc kita. Seterusnya, kita boleh menambahbaik, mengubah, mengikut kesesuaian guru dan juga murid kita.
✅ Keenam,
- Murid sebagai pembelajar aktif. Memang kita tak dapat nafikan, penglibatan murid menunjukkan keberkesanan Pdpr kita.
- sekiranya murid memberikan respon, berkomunikasi secara aktif dalam kelas dalam talian (Google Meet/Zoom/Webex) dan luar talian (chat di Google Classroom/ penghantaran modul), dapat menyelesaikan masalah, aktif, yakin, dan berhemah, murid telahpun menjadi seorang pembelajar yang aktif.
- Perlu sentiasa diingatkan, apa yang kita perlu fokus bukanlah semata-mata hasil, tetapi juga proses murid belajar untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Hasil boleh dilihat dalam bentuk respons murid, sikap murid, cara murid berkomunikasi, skor murid dalam kuiz, sesi soal jawab semasa kelas, soal jawab secara personal bersama guru, skor ujian, skor peperiksaan, dan macam-macam cara lagi. π
π Baiklah, dengan adanya panduan dari SKPMg2 ini, diharapkan agar kita semua dapat menyediakan sesi Pdpr yang berkesan dan bermakna untuk anak-anak murid kita.
π Kerjasama dan komunikasi antara guru-murid-ibu bapa sangat penting dalam memastikan proses Pdpr berjalan secara seronok dan bermakna.
Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Semoga bermanfaat ye ✨
No comments:
Post a Comment