Friday, December 25, 2020

Sembang Santai HLP 2021 by Dr Othman Talib dan Dr Farhana

Sembang Santai HLP 2021

23.12.2020 

10.00 am - 12.30 pm


Tq Dr yang hebat2 ✨


✅ Jadual belajar untuk full time, GOT 3 Tahun, sekiranya part time, mula kelas selepas waktu bekerja.


✅ Bagaimana balance dengan tugas di sekolah? Pesan Dr Farhana, semasa di tempat bertugas, fokus kerja. Selepas clock out, baru mulakan tugasan belajar. Cuba untuk perform di tempat bertugas, seperti rakan lain atau lebih baik lagi, kerana tempat bertugas merupakan tempat kita mencari rezeki. 👏🏻👍🏻


✅ GOT ideal 3 tahun, master 4 semester (2 tahun). Perlu cakna tentang teknikal thing, ada tempoh menunggu. Perlu prepare carta gantt, untuk decide apa yang perlu kita buat sejak semester 1.


✅ Tips dari Dr OT, 70% ditentukan oleh proposal, 30% dari personaliti. Soalan interview berbeza, boleh bergantung kepada tempat kita bertugas (contoh guru di sekolah/ pegawai di KPM)


✅ MODEL

a) M-Mass Media (yang dibincangkan secara luas/global. Cth: STEM, IR4.0, Computational Thinking, Flipped Classroom, Online Learning, Project Based Leardning, TIMMS & PISA)


b) O-own experience, yang dilalui oleh diri sendiri. Berkaitan dengan bidang kita,kemahiran2 yang kita miliki/pelajari.


c) D-Discussion, rujuk kepada rakan senior, yang lebih superior dari kita, minta pendapat tentang idea yang telah kita fikirkan.


d) E-event, pergi ke event atau sertai mana2 webinar, exhibition berkaitan, untuk menimba ilmu tentang bidang yang kita ingin kaji.


e) L-literature, banyakkan membaca tentang apa yang diceritakan oleh Literature. Mesti banyakkan pembacaan bahan bacaan ilmiah jika ingin sambung belajar.


✅ ROT, Research Operational Template sebagai guide line tentang keseluruhan kajian kita.


✅Sinopsis 1800 aksara.


✅ semasa interview, perlu tahu,faham dan bersedia secara menyeluruh tentang apa yang kita ingin kaji. Penemuduga ingin melihat adakah kita faham tentang apa yg kita buat. Dan penemuduga juga dapat menilai sejauh mana kita faham.


Wallahualam..


P/s: rakan2 guru yang berminat boleh rujuk gambar last or pergi ke

https://epenawaran.moe.gov.my ✨


Tq Dr Othman Talib dan Dr Farhana, menyediakan platform ni 💖🔥

No comments:

Post a Comment

Pendekatan Bertema

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan guru. Bagi posting kali ini, saya akan kongsikan beberapa bahan mengenai Pendekatan Bertema...