Bismillahh
Okayy ni perkongsian Webinar pada hari Khamis yang lepas.. Sesi perkongsian yang santai dan best dari panel yang versatile!
Best ๐๐ป✨
Sharing from cikgu Hailmi, cikgu-cikgu boleh buat survey untuk tahu kekangan sebenar murid2 kita..
Contohnya;
✅ Adakah anda memiliki jadual belajar di rumah?
✅ Adakah anda memiliki gadjet untuk kelas online?
✅ Adakah anda berkongsi gadjet?
✅ Adakah anda memiliki ruang khas untuk belajar?
Etc (boleh refer gambar graf survey)
Dari situ, kita takkan assume murid takda gajet dan jadi down utk teruskan kelas. So kita akan cari cara pulak, mcm mana nak tarik minat students masuk kelas kita. Contohnya contact parents, tanya kalau2 ada masalah lain, dan mcm2 cara lagila, ikut kesesuaian kawasan kediaman kita, negeri kita, sekolah kita, latar belakang murid kita, status perintah kawalan di kawasan kita tu (PKP/PKPB/PKPP).. apapun kena ikut SOP yang dah ditetapkan.
Tiga Cabaran Kelas Online;
๐งก Tempat
๐งก Peralatan
๐งก Sikap
Sharing dari Sir Uzairi pun bestt
๐ cikgu2 kena sentiasa positif dan tunjukkan pd murid, so that murid2 kekal bersemangat.
๐ semasa kelas, sekali sekala cikgu2 boleh on camera, murid2 pun boleh on camera, supaya ada interaksi 2 hala secara aktif berlaku.
๐ beri pujian kepada murid kita. Murid pun beri pujian kepada guru! Menurut Sir Uzairi tadi, semuanya tentang komunikasi dua hala. Hargai usaha murid dan guru, dengan cara beri pujian dan galakan ๐๐ป๐
๐ semasa kelas online, apa sahaja yang berlaku (cth: bunyi bising, anak menangis, anak bergaduh, jiran renovate rumah, jiran memasak bising2 kat dapur๐), react secara positif, react secara santai, jangan expect suasana akan jadi sangat perfect untuk jalankan kelas online.
๐ nasihat Sir Uzairi juga kepada yang bertanya soalan tadi, sekiranya ada guru2 yang tak jalankan kelas online seperti guru lain, murid mungkin boleh tegur atau beri pendapat secara baik. Semua pihak perlu bijak menyesuaikan diri dalam suasana New Norm ni..
Hehe memang new norm kan, hope kita cikgu-cikgu dan murid-murid pun dapat biasakan diri dengan semua cabaran ni.. dan improve lagi untuk tahun 2021.. in syaa Allah..
Wallahualam..
Tq guru2 hebat atas perkongsian! ๐
No comments:
Post a Comment