Okayy Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.. okay so harini saya nak kongsikan sikit tentang satu webinar yang menarik dari cikgu Hailmi! Baru je tengok semalam dan sangat excited nak share apa yang cikgu Hailmi kongsikan! Hehe
Okayy so kalini, cikgu Hailmi kongsikan webinar bertajuk “Bagaimana Menjadi Guru Influencer”. Haa so, macam mana nak jadi seorang guru Influencer?
1. Penulisan Blog
- Cikgu Hailmi mula menulis blog sejak tahun 2013, dan beliau kongsikan tentang kerjaya beliau sebagai guru sains dan kimia dan juga seorang guru sofbol.
- Cikgu Hailmi menjadikan penulisan blog sebagai hobi dan aktiviti untuk mengisi masa lapang.
- Beliau mula menulis blog apabila mendapati bahawa murid-murid dan beliau sendiri
- Jadi, beliau mula menghasilkan nota (point-point penting) yang sesuai dengan tahap murid.
- Beliau juga berkongsi tentang aktiviti yang beliau lakukan bersama anak murid.
- Cikgu Hailmi turut berkongsi tentang kenangan perjalanan beliau ke kawasan yang jarang dilawati di Sarawak dan tempat-tempat lain.
- Selain tu, cikgu Hailmi jugak ada share kan panduan-panduan untuk guru, contohnya “Panduan Guru Cemerlang”.
- Cikgu Hailmi menegaskan kepada kita, betapa pentingnya “transformasi” dalam penghasilan content blog. (link, gambar, template). Tips tambahan: Transformasi penting untuk pastikan blog kita sesuai dengan paparan menggunakan telefon, telefon pintar dan laptop. Di bawah ni, cikgu Hailmi ringkaskan beberapa transformasi yang beliau dah pun lakukan :)
2. Content creator di Youtube.
- Cikgu Hailmi aktif menghasilkan video perkongsian di youtube.
- Video yang beliau hasilkan mengandungi bahan multimedia: tulisan, audio, voice over.
- Gaya bahasa yang digunakan mestilah ringkas, santai dan mudah difahami.
- Cikgu Hailmi banyak menghasilkan video aktiviti murid yang digunakan sebagai rujukan guru di seluruh Malaysia!
3. Pendidikan Pasca Covid-19
- Pembelajaran Digital
- Streaming (Pdp secara LIVE dari youtube atau facebook)
- Kawalan Murid melalui aplikasi whatsapp.
- Penghasilan Kandungan
- P/s: webinar di Indonesia telahpun bermula sejak tahun 2018 kerana mengambil kira negara yang besar dan perlu kos yang tinggi untuk kumpulkan para guru.
4. CikgooTUBE
- Cikgu Hailmi berkongsi tentang sejarah penubuhan cikgooTUBE yang datangnya dari idea Tun Mahathir yang membuat lawatan ke Jepun, dan beliau mendapati guru di Jepun akan menggunakan video guru mereka yang cemerlang sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas.
- Guru-guru yang aktif menghasilkan video kemudiannya dikumpulkan di BTPN Perak dan seterusnya perjumpaan pertama Dr Amin Senin bersama guru-guru cikgootube dilaksanakan pada Disember 2019.
- Sejak itu, semakin ramai guru aktif menghasilkan video dengan content subjek masing-masing. Tahniah cikgootube! Hehe
5. Platform Tik Tok
- Cikgu Hailmi banyak mendedahkan kepada kita tentang aplikasi Tik Tok serta menerangkan kelebihan menggunakan aplikasi Tik Tok sebagai salah satu medium menyampaikan kandungan pengajaran guru-guru.
- Kelebihan Tik Tok yang ketara ialah video yang berdurasi 1 minit sahaja (sangat engaging), banyak content bermanfaat tentang pengetahuan am, pengetahuan tambahan yang disampaikan dengan kreatif dan hanya selama 1 minit! Tik Tok juga akan memaparkan video berdasarkan preference penonton, berdasarkan behavior kita! Yaaa bijak kan Tik Tok ni! Sebenarnya sekarang ni kalau kita sedar, semua media sosial dah mula beroperasi dengan cara ni.. apa orang kata tu,, algoritma? Hehe.. contohnya, kalau kita suka menonton video tentang sains, Tik Tok akan suggest video-video dengan content sains kepada kita. Kalau kita minat tonton tentang gardening contohnya, so feed Tik Tok tu akan penuh dengan video berkaitan gardening. Haa so kita yang tentukan apa yang ada pada Tik Tok kita. (peranan kita sebagai guru penting untuk create content yang bermanfaat dalam Tik Tok).
- Video Tik Tok yang kurang dari 1 minit juga menunjukkan kekreatifan content creators ni untuk ‘cramp’kan content mereka supaya cukup 1 minit. So penonton pun tak sempat nak bosan dengan content yang pendek (sesuai sangat dengan gaya belajar generasi sekarang ni kan..huhu)
6. Cara untuk S.U.R.V.I.V.E?
- Pertama, guru-guru perlulah banyakkan content! Contohnya kalau kita gunakan Tik Tok, perlu hasilkan banyak video Tik Tok. Kalau di youtube pun sama juga, guru-guru perlu hasilkan content yang banyak dan berkualiti. Viewers yang pada awalnya tak ramai tu in syaa Allah akan meningkat, dengan adanya video yang pelbagai dan semakin berkualiti.. hehe
- Kedua, SEO atau Search Engine Optimization ni jugak penting untuk pastikan content yang kita hasilkan tu mudah untuk dicari, didapati dan dicapai oleh pengguna media sosial. Blog yang dihasilkan tu akan jadi mesra (mudah dijumpa di Google search engine, ada tips and trick yang boleh dipelajari ya cikgu2!hehe).
- Ketiga, penggunaan pelbagai media sosial dan saling berhubung. Link kandungan yang dihasilkan tu, dikongsikan di facebook, instagram, twitter, youtube dan lain-lain media sosial.
- Terakhir, mestilah I.S.T.I.Q.A.M.A.H atau disiplin menghasilkan content di blog/youtube channel.
** Banyak content.
- Guru-guru yang hasilkan blog/ youtube channel/ Tik Tok perlu ada niche. Contohnya blog cikgu Hailmi dengan niche pendidikan.
- Perlu fokus, contohnya video yang dihasilkan tu mestilah fokus tentang subjek kita, contohnya
**Sokongan Socmed.
- Cikgu Hailmi memiliki FB Page, Youtube, Instagram dan Twitter dengan ribuan likers dan followers! Phewww such an inspiration hehe
** Mesra SEO
- Blog mengandungi pelbagai multimedia seperti foto dan video (ada caption/properties).
- Gunakan keyword yang sesuai dengan artikel yang guru-guru hasilkan tu.
- Tajuk yang sesuai, jelas dan menarik minat pembaca. (Tips cikgu Hailmi untuk blogger: Kurangkan perkataan yang ada imbuhan dalam tajuk artikel kita).
- Customize link supaya ada kata kunci (mudah dijumpai oleh pembaca).
- Perenggan pertama ada kata kunci.
**Istiqamah
- Jadual kekerapan, contohnya: 2 minggu 1 artikel.
- Simpan kerajinan, setting schedule post di blog kita. Kita boleh tuliskan idea kita dan kongsikan secara berkala supaya blog kita tu kelihatan sentiasa di’update’ cewahhh
- Repost untuk topik yang pernah ditulis, contohnya topik eGTukar, Guru Cemerlang, Cuti Sekolah, dll topik yang berulang setiap tahun)
- Pembantu juga penting untuk membantu kita guru-guru untuk bantu menulis artikel di blog kita (ni kalau dah hebat macam cikgu Hailmi lah ya hehe), jadi blog tetap update walaupun dengan kesibukan kita dengan pelbagai tugas sebagai seorang guru.
7. Apa yang Cikgu Hailmi dapat dari penulisan Blog?
a) Boleh kongsikan ilmu
- tak perlu ulang untuk ceritakan tentang perkara yang sama kepada rakan yang berbeza,
- boleh kongsikan panduan kepada guru lain, contohnya panduan buat visa ke USA.
- Boleh kongsi kisah ‘rare’, contohnya Pertukaran Korea, Bengkel STELR, Honeywell Educators at Space Academy CERN Geneva.
b) Refleksi diri
- setiap tahun pencapaian, apa yang telah dibuat sepanjang tahun tersebut, kita sendiri dapat lihat apa progress diri sendiri dan boleh tambah baik,
- Motivasi kepada diri sendiri, Inspirasi kepada rakan guru lain
c) Tawaran menulis
- guru yang minat, boleh menulis di ruangan akhbar.
- buku rujukan.
- Majalah Pendidik
- Buku PAK21 dan STEM oleh cikgu Hailmi (boleh didapati di blog Cikgu Hailmi atau di shopee ya, hehe)
d) Anugerah – pelbagai anugerah yang cikgu Hailmi dapat (rujuk gambar).
e) Kerjasama strategik – Frogasia, McDonalds, Sunway Universiti, maxis, RIZQ Islamic School.
f) Ceramah – cikgu Hailmi aktif memberikan ceramah dan perkongsian di pelbagai platform!
g) Passive income – Ads, review dan paid article.
8. Tips Menulis/ Menghasilkan Content yang baik
- Tulis dari hati
- Target audience, jangan syok sendiri, create content yang sesuai dengan targeted audience kita.
- Educational (Critical/ Emotional), tulis dengan baik tentang sesuatu isu walaupun kita kurang bersetuju dengan isu tersebut, ambil dari sudut pandang yang positif (contohnya isu Job Description), kita cuba lebih matang dalam menulis. Be Profesional! Hehe
- Sentiasa ingat, apa yang kita tulis, akan dibawa ke mati. Jadi, tulislah content yang bermanfaat
9. TIPS menarik:
- Bahasa santai dan sampai, seolah sedang bercakap dan bercerita.
- Branding (tagline, lagu etc)
- K.I.S.S , keep it simple and short (1-6 minit untuk video), tulis dalam bentuk yang ringkas.
- Untuk rakaman video pula, ambil rakaman panjang, kemudian potong dan edit mengikut kesesuaian.
- Subscribe, Like & Share pun penting ye :)
- Buat playlist untuk video kita – contoh “Sains KSSM Tingkatan 3”
- Share menggunakan url shortener (eg: bit.ly), supaya memudahkan rakan lain untuk berkongsi.
Okayy semoga bermanfaat ya! selamat menulis dan selamat menjadi Influencer yang berkesan, cikgu-cikgu! Tqvm cikgu Hailmi sifu kita :D
p/s: kepada yang terlepas menonton webinar tu, bolehlah tonton di youtube https://youtu.be/XQ46zD_Hds8
Okayy sekian untuk kali ni, bubbyee dan Assalamualaikummm :)
No comments:
Post a Comment