Bismillahirrahmanirrahim...
Okay assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.. harini saya akan berkongsi tentang apa yang telah saya gunakan untuk Pdpr sepanjang tahun 2020. Seperti yang kita semua tahu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia telah bermula pada pertengahan Mac 2020. Jadi, semua guru telah 'dipaksa' menjalankan pdpr yang selama ini tidak pernah dipelajari atau dikursuskan di mana-mana institusi perguruan/ pendidikan. Tanpa kita sedar, pandemik Covid-19 seolah-olah mengajar kita untuk 'shift' ke arah aplikasi pendidikan digital dalam pengajaran kita. Sebagai seorang guru, saya juga turut belajar banyak perkara yang boleh kita aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Baik, yang pertama;
1. Aplikasi Whatsapp.
- Pada peringkat awal, aplikasi whatsapp menjadi medium pilihan saya kerana setiap individu di Malaysia termasuk murid-murid kita, memiliki aplikasi Whatsapp kan? Jadi, saya gunakan apps ini sebagai medium saya menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Selain tu, sy juga menandakan kehadiran murid berdasarkan senarai respons murid melalui whatsapp.
2. Google Classroom.
- Haaa yang ni rasanya semua guru di seluruh Malaysia dan seluruh dunia pun guna kan? hehe.. Google Classroom ni sangat membantu saya dalam menyampaikan task/assignment kepada murid saya. Jadi, sedikit demi sedikit, saya mula explore tentang google classroom dan cuba fahamkan macam mana kita boleh tingkatkan keberkesanan GC dalam Pdpr.
- Secara ringkasnya, saya akan post kan assignment ke GC dan kemudiaannya remind murid saya melalui whatsapp. Murid juga dapat hantar tugasan yang diberikan, dalam bentuk jawapan chat, words/ google docs/ video, dan juga gambar. Apa yang bestnye ialah, semua dokumen yang dihantar tu akan terus di'save' ke dalam folder Google Drive. Jadi saya boleh semak dan tanda tugasan yang diberikan tu dengan lebih mudah.
3. Google Form
- Kalau sebelum pandemik ni, saya cuma tahu kegunaan google form ni sebagai medium untuk soal selidik, atau sebagai borang pendaftaran kan.. so sekarang ni, saya dah belajar cara untuk menggunakan google form untuk menggubal soalan latihan. Selain tu, pihak pentadbir di sekolah kami juga telah menggunakan google form sebagai kaedah untuk membina soalan ujian dalam talian.
4. Instagram.
- Sebenarnya kalau di Instagram, lebih mudah untuk saya dekati murid. Saya dapati bahawa murid saya kurang menggunakan facebook. Jadi, sebahagian tugasan yang saya berikan, melibatkan penggunakan media sosial Instagram mereka. Saya suka menggalakkan murid menghasilkan video kerana pada saya, murid-murid kita memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan perlu diasah ke arah yang betul.
- Seperti kita, murid kita juga tidak pernah didedahkan dengan Pdpr ini, jadi kemampuan mereka dalam menghasilkan content tentang Covid-19 melalui video pendek, sangat mengagumkan. Thumbs up!
5. Padlet.
- Okayyy untuk padlet pula, saya suka menggunakan aplikasi ni sebagai medium untuk murid berkongsi hasil kerja mereka bersama rakan lain. Sebagai contoh, untuk tugasan mengira nilai kalori makanan, murid berkongsi gambar sarapan masing-masing dan juga pengiraan nilai kalori. Dari padlet, mereka dapat memberikan komen serta soal jawab tentang nilai kalori sarapan rakan mereka yang lain.
6. Video Presentation.
- Seperti yang saya dah maklumkan sebelum ni, haa saya suka kalau murid menghasilkan video tentang isi kandungan pembelajaran mereka. Murid dapat melatih diri mereka sebagai content creator yang berkesan.
7. e-certificate/ e-sijil.
- okayy dalam latihan google form yang telah disediakan juga, kita boleh membuat tetapan e-sijil untuk murid kita yang berjaya menjawab soalan latihan yang diberikan. Sebagai contoh, kita boleh memberikan sijil kepada murid yang mendapat markah 80% dan ke atas. e-sijil ini saya lihat sebagai satu bentuk motivasi kepada murid untuk respon kepada tugasan yang kita berikan.
8. e-kehadiran.
- Baik, pada peringkat awal PKP, saya menggunakan aplikasi whatsapp untuk menyenaraikan respons murid dan kemudiannya memindahkan maklumat ke rekod saya secara 'hardcopy'. Semasa fasa kedua pdpr, bermula pada 9 November 2020, saya melihat kaedah mengambil kehadiran melalui Google Classroom lebih mudah. Pada setiap kelas saya (mengikut jadual yang disediakan), saya cuma perlu post kan soalan (question) kehadiran pada tarikh tertentu. Jadi, murid akan terus respon di awal kelas tentang kehadiran mereka. Murid juga dapat respon sama ada mereka hadir secara dalam talian (online melalui google meet) atau secara luar talian (offline melalui google classroom sahaja).
- pada saya, kaedah ni lebih memudahkan saya untuk membuat laporan pdp saya kepada pihak JPN.
9. Cikgootube (Flipped Classroom)
- Semasa pdpr, penggunakan video-video pembelajaran yang terdapat di youtube juga sangat membantu. Murid mempunyai akses kepada video berkaitan silibus dan juga di luar silibus mereka. Pada saya, murid kini mempunyai lebih banyak kelebihan untuk explore ilmu secara sendiri. Mungkin juga kerana saya mengajar di sekolah yang berasrama penuh, jadi murid mempunyai akses kepada internet yang terhad. Peluang pdpr ini dapat mendedahkan murid kepada isi kandungan ilmu pengetahuan yang tidak terhad.
- Selain itu, saya juga menghasilkan beberapa video sebagai rujukan murid saya.
10. Google Meet dan Digital Ink.
- Alhamdulillahh untuk PKPB bermula November, barulah saya dapat explore dan gunakan Google Meet bersama anak murid. Pada peringkat PKP, saya tidak memiliki gadget yang saya rasakan sesuai untuk menjalankan google meet. Semasa PKPB alhamdulillah kehadiran murid juga baik dan memuaskan. Tidak dapat saya nafikan, apabila menggunakan google meet, saya lebih puas dalam menyampaikan isi kandungan pdp, walaupun tak sebaik pembelajaran secara 'face-to-face'.
- Apabila murid mendengar suara guru serta rakan lain, murid lebih bersemangat untuk menyertai pembelajaran dan memberikan pendapat mereka tentang topik yang dibincangkan.
11. Digital Notes
- Sebagai nota, saya menggunakan aplikasi Goodnotes untuk memaparkan kepada murid semasa Meet. Nota yang telah dibincangkan juga, dapat di'save'kan dalam bentuk PDF dan dikongsikan kepada murid. Cara ini dapat menyelesaikan masalah saya untuk menyediakan bahan yang sama kepada murid yang menyertai Meet dan juga yang tidak dapat menyertai Meet atas sebab-sebab tertentu.
12. Digital Instructions (Keynote dan PDF)
- Selain nota PDF, saya turut mencuba menggunakan Keynote atau Powerpoint, sebagai medium untuk menyampaikan arahan projek. Banyak lagi 'features' yang belum sempat saya explore dalam Keynotes, tetapi secara keseluruhannya, penggunaan keynotes atau microsoft power point atau google slides dapat menjana kreativiti murid kerana mereka dapat mengintegrasikan pelbagai bahan dalam slides yang disediakan (gambar/video/perkataan/links dsb).
13. Pdpr berpusatkan murid. Student centered, walaupun dijalankan secara maya.
14. Quizizz
- Aplikasi Quizizz ini saya gunakan selepas tamat Tun Syed Exam 2 Online 2020, iaitu Peperiksaan Akhir Tahun yang dijalankan di sekolah kami. Soalan yang disediakan di quizizz dalam bentuk yang ringkas. Sebenarnya, kita boleh menggunakan aplikasi ini pada bila-bila masa sahaja, sebagai latih tubi untuk murid. Selain quizizz, kahoot juga sangat menarik dan dapat menarik minat murid untuk belajar.
15. Project Based Learning (PBL)
- PBL merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang menarik dan dapat melahirkan murid yang berdaya saing serta kreatif. Murid dapat menghasilkan sesuatu dengan menggunakan bahan-bahan ringkas. Disebabkan PBL kali ini dijalankan dalam tempoh PKPB dan secara Pdpr, murid bebas menggunakan bahan yang terdapat di rumah mereka.
Baiklah, sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.. semoga bermanfaat.. dan diharapkan pada tahun hadapan iaitu 2021, guru-guru di seluruh Malaysia akan lebih kreatif dalam menjadikan pdp kita menarik dan berkesan kepada murid-murid. Assalamualaikum dan bubbyee.... :)
p/s: boleh juga kongsikan apa yang rakan-rakan guru buat ye! byee.. :)