Beberapa ilmu yang sempat grab;
1) Fungsi teleskop angkasa utk dapat image yang lebih jelas, sebab teleskop angkasa akan berada d kedudukan lebih tggi dari atmosfera bumi, so takkan dipengaruhi oleh logamaya/mirage.
2) sekarang astronomist/scientist berkaitan, dalam proses utk tawarkan pihak yang nak jalankan mining (perlombongan) di bulan.
3) perlombongan rear earth di bulan (betulkan if salah), bahan yang perlu utk pembuatan komputer dll, yang skarang dikuasai oleh China, disebabkan sumber yang ada di negara tersebut. Yang sekiranya berjaya, akan hasilkan pulangan yang sangat lumayan (so many zeroesssss).
4) dari satu teori yang dikongsikan, bahan mineral yang ada di bulan sama dengan bumi kerana; suatu masa dahulu, bumi bertembung dengan something dan mengeluarkan habuk yg banyak, yg takdapat keluar jauh dari bumi, disebabkan tarikan graviti bumi, habuk itu kemudiannya bercantum semula menjadi bahan pejal dan kemudiannya mengorbit bumi, menjadi bulan. Jadi, bahan yg ada pd bulan, hampir sama dengan yg ada di bumi (takdapat tangkap,teori apa yang Prof sebut tadi).
5) sekarang ramai yang ingin ke bulan, utk melancarkan roket dari bulan, ke marikh. Disebabkan tarikan graviti bulan yang rendah (1/6 bumi), menyebabkan lebih mudah utk melancar roket (kurang daya diperlukan).
6) next Prof berhasrat utk kongsi kepentingan asteroid pulak 😁
7) Kawasan gelap bulan dipanggil far side(bukan dark side) yang sentiasa facing away from Earth. Hal ini terjadi kerana bulan berputar mengelilingi bumi sambil berputar pada paksinya. Akan sentiasa ada kawasan yang tidak menghadap bumi (so takdapat dilihat dari bumi). Tapi, kawasan ini telah berjaya diterokai oleh angkasawan dr China.
8)bagi anak muda yang berminat utk menjadi pakar astronomi, Prof cadangkan untuk ambil bidang sains, dan kemudian fizik.. tidak perlu ambil major astronomi, kerana akan menjadi seorang astronomer. Dalami bidang fizik dan kemudiannya masuk ke dalam bidang astronomi.
**banyak sangat ilmu yang dapat dari perkongsian ni. Maklumat just dari apa yang teacher dapat from perkongsian tadi ye. If maklumat kurang tepat,mohon ampun dan maaf. Maklumla sambil dengar sharing ttg imovie jugak 😂😅🙏🏻 tapi overall, memang amazed and semangat sangat dengar sharing ni sampai habis sesi Prof ❤️❤️👏🏻👏🏻👏🏻⭐️⭐️⭐️
Wallahualam.... 💖💖💖💖💖
No comments:
Post a Comment