Friday, March 10, 2023

Pendekatan Bertema

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan guru. Bagi posting kali ini, saya akan kongsikan beberapa bahan mengenai Pendekatan Bertema yang boleh diaplikasikan oleh rakan-rakan guru merentasi subjek di sekolah.

Dengan adanya pendekatan bertema ini, guru-guru akan dapat menyampaikan SP subjek masing-masing dengan lebih menarik dan dekat di hati murid. Ini kerana, murid akan dapat mengaitkan isi kandungan yang dipelajari oleh mereka, dengan aplikasi dalam kehidupan yang sebenar yang dilalui oleh mereka.



Bahan-bahan lain boleh dicapai melalui link di bawah:

https://drive.google.com/drive/folders/11ocspXs7CsQYx_t8BSYOW6yMhJN0Qput?usp=sharing




Saturday, July 10, 2021

Pembelajaran Terbeza

 


        Assalamualaikum dan salam sejahtera.. baik, harini saya nak kongsikan tentang satu terma yang dah tak asing lagi untuk para guru. "Pembelajaran Terbeza". Seperti yang kita semua dah maklum, Pembelajaran Terbeza ni bermaksud murid dapat belajar secara paling berkesan, mengikut aras murid yang berbeza. Dalam Pembelajaran Terbeza ni, kita mengambil kira tentang tahap murid kita, kecenderungan murid dan juga kemampuan murid kita untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Memandangkan sekarang kita sedang dalam situasi PdPR, saya rasa para guru tentu memikirkan tentang bagaimana untuk kita pastikan semua murid kita terlibat dan belajar secara berkesan sama ada secara dalam talian ataupun luar talian.

Dari apa yang dikongsikan oleh Coach Herry dan Coach Nisak dalam webinar mereka tempoh hari, terdapat EMPAT ELEMEN PEMBELAJARAN TERBEZA iaitu:

* Proses

--- Bezakan dari segi Isi Pelajaran, Skop, Masa, Aktiviti Pembelajaran Murid.

* Kandungan

--- Bezakan Kandungan, Kemahiran mengikut tahap murid.

* Produk

--- Bezakan Hasil Pembelajaran yang murid persembahkan.

* Persekitaran 

--- Bezakan Hasil, Ruang Belajar, Bahan Belajar.


** Apa yang cikgu2 perlu ingat ialah pembelajaran terbeza ni tidak membezakan murid kita dari segi kemahiran tetapi yang berbeza ialah proses nak mencapai objektif, kandungan yang dibekalkan kepada murid, produk yang murid hasilkan dan juga persekitaran atau sumber untuk murid rujuk. Kemahiran yang ingin kita terapkan kepada setiap murid tetap sama.

Contohnya:

Semua murid dapat hasilkan produk yang mengaplikasikan konsep ketumpatan. Kemahiran yang perlu ada pada murid-murid tersebut ialah membezakan dari segi ketumpatan setiap objek. Tetapi, hasil atau produk akhir bergantung kepada tahap murid tersebut. Guru boleh beri contoh produk seperti kapal selam, kapal, air minuman 3 lapis, video telur dalam larutan garam, dan macam-macam lagi. Jadi murid boleh pilih produk yang ingin mereka hasilkan, sesuai dengan tahap masing-masing. Murid akan rasa lebih bebas untuk menghasilkan karya mereka sendiri dan tak mustahil mereka dapat menghasilkan produk yang lebih berkualiti dengan kebebabasan dan kepercayaan yang diberi oleh guru.

        Satu lagi yang saya dapati dari webinar ini ialah, sebelum menjayakan pembelajaran terbeza ni, guru perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa perkara iaitu: Aras pembelajaran murid, Kemampuan murid, dan Kecenderungan murid. Aras pembelajaran diperolehi dari analisa kemahiran/pencapaian murid. Kemampuan murid boleh diperolehi dari pemerhatian kita terhadap tugasan yang murid hasilkan sebelum ini, behaviour murid di dalam kelas kita dan lain-lain pemerhatian terhadap murid kita. Kecenderungan murid boleh diperolehi dari ujian psikometrik dan juga pemerhatian guru subjek itu sendiri.

        Dengan situasi PdPR kita sekarang, kita dapat akses kepada pelbagai sumber yang kita dapat bekalkan kepada murid-murid kita. Jadi, murid yang berbeza tahap, tetap dapat mencapai objektif yang ditetapkan, menggunakan sumber dan bahan-bahan yang pelbagai dan yang mana mereka rasakan sesuai dengan diri mereka. Guru dapat bekalkan bahan secara atas talian bagi murid yang dapat akses secara atas talian.  Bagi murid yang mempunyai masalah capaian internet juga guru boleh menyediakan modul mengikut tahap murid. Diharapkan dengan adanya Pembelajaran Terbeza ini, semua murid akan mendapat peluang untuk belajar dengan lebih berkesan pada tahap yang optimum! :)

Terima kasih..





Sunday, June 13, 2021

PDPR bersambung lagiiii :)

 


Assalamualaikum wbt semua..
PdPR bersambung lagi dan harini hari pertama PdPR bagi sekolah di negeri kumpulan B..
Macam mana pengalaman semua?
Bertambah baik? Bertambah stress? atau sama je :D

Okay ni saya kongsikan jadual PdPR saya yang saya rasa sangat sesuai untuk PdPR.. masa satu jam tiga puluh minit ni memang sangat sesuai bagi saya. Tak terlalu sekejap dan tak terlalu lama..
Murid sempat untuk isikan link kehadiran dengan tenang dan bersedia untuk menyertai PdPR.. macam saya, saya lebih selesa gunakan medium Voice Chat pada telegram untuk pembelajaran online dan tugasan pula saya akan jadualkan (schedule) lebih awal di Google Classroom sebagai pembelajaran offline.


Selepas melalui hari pertama ni, saya rasa perjalanan PdPR lancar dan memuaskan hati. Murid yang mempunyai masalah line, yang tidak dapat menyertai voice chat sepenuhnya, akan memaklumkan kepada guru dalam telegram group, berkomunikasi melalui chat dan seterusnya menghantar tugasan di Google Classroom.

Tiada alasan jika murid betul-betul ingin menyertai PdPR sebenarnya. Sekian sahaja perkongsian kali ini. Jom tengok hasil kerja murid semasa cuti :) :) :)

POSTERS BY 3 BESTARI.............. :D

https://youtu.be/F4jUfhCEs0A

Selamat Menonton :)


Tuesday, June 1, 2021

Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 1, 2 & 3 KSSM

 


Bismillahirrahmanirrahim...
Baiklah, untuk subjek Sains ni tak sah kalau kita belajar tanpa kita jalankan eksperimen.. bagi saya sendiri, mengajar murid dengan cara menjalankan eksperimen memang puas.. selain kita dapat tengok kemahiran murid sepanjang eksperimen tu, kita juga dapat bimbing murid untuk explore sendiri konsep yang mereka belajar tu.. 
Walaupun mungkin penat sikit kan, sebab kita nak entertain seraaaaaamai mungkin anak murid kita yang sangat bersemangat nak menimba ilmu.. tapi memang puas bila murid berjaya dapatkan keputusan eksperimen yang positif! 

Baiklah jadi harini saya nak kongsikan eksperimen wajib yang perlu murid buat di sekolah, 
yang saya pasti guru-guru memang dah sentiasa buat setiap tahun..

Bagi Tingkatan 1,


Dalam subjek sains ni kita ada banyak eksperimen yang menarik untuk dijalankan dan kalau diberi kesempatan memang kita nak buat semua dengan anak murid.. tapi kita perlu rancang PdP kita supaya dapat laksanakan dengan berkesan. Apa yang penting, murid dapat apa yang kita nak sampaikan.. in syaa Allah..

Tambahan pula, kita sekarang dalam musim PdPR dan apabila kita berpeluang untuk mengajar dan belajar secara face-to-face, kita perlu pilih eksperimen mana yang kita akan jalankan dengan anak-anak murid kita.


Untuk Tingkatan 2 pula,



Bagi tingkatan 3, berikut merupakan senarai eksperimen wajib



Selain itu, eksperimen ni juga penting sebagai pentaksiran kita terhadap Domain Penyiasatan Saintifik dan Domain Kemahiran Saintifik dan Nilai Murni. Walaupun PT3 bagi tahun 2021 ditangguhkan, murid tingkatan 3 perlu didedahkan dengan kemahiran saintifik yang akan mereka aplikasikan semasa di tingkatan empat dan tingkatan lima nanti.

Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini.
Semoga bermanfaat untuk para guru serta murid.
Assalamualaikumm bubbbye! :)

Sunday, May 30, 2021

Theme for Science KSSM Form 2 & 3

  


Assalamualaikum dan salam sejahtera! 
Baiklah, kalau sebelum ni kita dah tengok tema-tema yang terdapat dalam Sains Tingkatan 1(DLP), harini kita tengok pulak tema untuk Sains Tingkatan 2 dan 3 (DLP).

Okayy untuk Sains Tingkatan 2 dan 3, temanya adalah sama.
Ada empat (4) tema kesemuanya. 
Kenapa untuk tingkatan 1 kita ada 5 ye??
Haa untuk tingkatan 2 dan 3, tiada tema Kaedah Saintifik seperti yang ada dalam sains tingkatan satu.

Jom tengok tema-tema yang ada!

Untuk tingkatan dua,

THEME 1: MAINTENANCE AND CONTINUITY OF LIFE

THEME 2: EXPLORATION OF ELEMENTS IN NATURE

THEME 3: ENERGY AND SUSTAINABILITY OF LIFE

THEME 4: EARTH AND SPACE EXPLORATION

Untuk tingkatan tiga pula,

THEME 1: MAINTENANCE AND CONTINUITY OF LIFE

THEME 2: EXPLORATION OF ELEMENTS IN NATURE

THEME 3: ENERGY AND SUSTAINABILITY OF LIFE

THEME 4: EARTH AND SPACE EXPLORATION

Baiklah, jadi itu sahaja yang saya nak kongsikan untuk kali ini. Diharapkan selepas ni, bolehlah kita kaitkan apa yang kita belajar semasa di tingkatan satu hingga tingkatan tiga, berdasarkan tema yang sama. Dengan cara ni, lebih mudah untuk kita faham dan aplikasikan dalam kehidupan seharian kita...

okayy jumpa lagi dalam perkongsian yang seterusnyaa..
byeee and Assalamualaikum :)


Tema subjek Sains KSSM Tingkatan 2 dan 3

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera! 
Baiklah, kalau sebelum ni kita dah tengok tema-tema yang terdapat dalam Sains Tingkatan 1, harini kita tengok pulak tema untuk Sains Tingkatan 2 dan 3.

Okayy untuk Sains Tingkatan 2 dan 3, temanya adalah sama.
Ada empat (4) tema kesemuanya. 
Kenapa untuk tingkatan 1 kita ada 5 ye??
Haa untuk tingkatan 2 dan 3, tiada tema Kaedah Saintifik seperti yang ada dalam sains tingkatan satu.

Jom tengok tema-tema yang ada!

Untuk tingkatan dua,

TEMA 1: PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP


TEMA 2: PENEROKAAN UNSUR DALAM ALAM

TEMA 3: TENAGA DAN KELESTARIAN HIDUP

TEMA 4: PENEROKAAN BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Untuk tingkatan tiga pula,

TEMA 1: PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP

TEMA 2: PENEROKAAN UNSUR DALAM ALAM

TEMA 3: TENAGA DAN KELESTARIAN HIDUP

TEMA 4: PENEROKAAN BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Baiklah, jadi itu sahaja yang saya nak kongsikan untuk kali ini. Diharapkan selepas ni, bolehlah kita kaitkan apa yang kita belajar semasa di tingkatan satu hingga tingkatan tiga, berdasarkan tema yang sama. Dengan cara ni, lebih mudah untuk kita faham dan aplikasikan dalam kehidupan seharian kita...

okayy jumpa lagi dalam perkongsian yang seterusnyaa..
byeee and Assalamualaikum :)


Friday, May 28, 2021

Theme for Science KSSM Form 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Baik, untuk kalini saya nak kongsikan tentang tema yang terdapat dalam subjek Sains Tingkatan 1, khas untuk murid aliran DLP pulak. Haa untuk yang belum tahu, DLP ialah singkatan untuk Dual Language Program yang mana, murid-murid akan belajar Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.. :)  

Baiklah, bagi subjek Sains Tingkatan 1 DLP, terdapat LIMA (5) tema utama yang murid-murid akan pelajari iaitu:


Theme 1: Scientific Methodology
Dalam tema ini terdapat satu bab sahaja iaitu Chapter 1: Introduction to Scientific Investigation


Theme 2: Maintenance and Continuity of Life
Dalam tema kedua ni terdapat tiga bab iaitu Cell as the Basic Unit of Life, Coordination and Response, dan Reproduction.


Theme 3: Exploration of Elements in Nature
Tema ketiga terdiri daripada tiga bab iaitu Matter, Periodic Table dan Air.
  

Theme 4: Energy and Sustainability of Life
Terdapat satu bab sahaja dalam tema keempat ini iaitu Light and Optics.

dan yang terakhirrr


Theme 5: Exploration of Earth and Space
Tema yang kelima juga terdiri daripada satu bab sahaja iaitu Earth.

Menarik kan semua tema ni? :) 
Dannn sekiranya korang belum tahu, semua tema ni akan dibawa sehingga ke Tingkatan 3 (bagi yang menyambung pelajaran ke bidang Sains Tulen, iaitu subjek Fizik, Kimia dan Biologi), dan bagi murid yang menyambung pelajaran dalam bidang Sains Teras, semua tema ni akan dibawa sehingga ke Tingkatan 5! :)

Jadi, pastikan sekiranya anda seorang murid atau seorang guru, kita perlu ambil tahu tentang tema yang dipelajari supaya kita dapat menyediakan diri dengan pengetahuan sedia ada tentang sesuatu tema tu..

Baiklah, itu sahaja untuk perkongsian kali ini.
Semoga bermanfaat ye! 😁



Pendekatan Bertema

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan guru. Bagi posting kali ini, saya akan kongsikan beberapa bahan mengenai Pendekatan Bertema...