Friday, May 28, 2021

Theme for Science KSSM Form 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Baik, untuk kalini saya nak kongsikan tentang tema yang terdapat dalam subjek Sains Tingkatan 1, khas untuk murid aliran DLP pulak. Haa untuk yang belum tahu, DLP ialah singkatan untuk Dual Language Program yang mana, murid-murid akan belajar Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.. :)  

Baiklah, bagi subjek Sains Tingkatan 1 DLP, terdapat LIMA (5) tema utama yang murid-murid akan pelajari iaitu:


Theme 1: Scientific Methodology
Dalam tema ini terdapat satu bab sahaja iaitu Chapter 1: Introduction to Scientific Investigation


Theme 2: Maintenance and Continuity of Life
Dalam tema kedua ni terdapat tiga bab iaitu Cell as the Basic Unit of Life, Coordination and Response, dan Reproduction.


Theme 3: Exploration of Elements in Nature
Tema ketiga terdiri daripada tiga bab iaitu Matter, Periodic Table dan Air.
  

Theme 4: Energy and Sustainability of Life
Terdapat satu bab sahaja dalam tema keempat ini iaitu Light and Optics.

dan yang terakhirrr


Theme 5: Exploration of Earth and Space
Tema yang kelima juga terdiri daripada satu bab sahaja iaitu Earth.

Menarik kan semua tema ni? :) 
Dannn sekiranya korang belum tahu, semua tema ni akan dibawa sehingga ke Tingkatan 3 (bagi yang menyambung pelajaran ke bidang Sains Tulen, iaitu subjek Fizik, Kimia dan Biologi), dan bagi murid yang menyambung pelajaran dalam bidang Sains Teras, semua tema ni akan dibawa sehingga ke Tingkatan 5! :)

Jadi, pastikan sekiranya anda seorang murid atau seorang guru, kita perlu ambil tahu tentang tema yang dipelajari supaya kita dapat menyediakan diri dengan pengetahuan sedia ada tentang sesuatu tema tu..

Baiklah, itu sahaja untuk perkongsian kali ini.
Semoga bermanfaat ye! 😁



No comments:

Post a Comment

Pendekatan Bertema

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan guru. Bagi posting kali ini, saya akan kongsikan beberapa bahan mengenai Pendekatan Bertema...