Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Baik, untuk kalini saya nak kongsikan tentang tema yang terdapat dalam subjek Sains Tingkatan 1, khas untuk murid aliran biasa (bukan DLP). Haa untuk yang belum tahu, DLP ialah singkatan untuk Dual Language Program yang mana, murid-murid akan belajar Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.. :)
Untuk next posting saya akan kongsi tema untuk murid DLP pula ye..
Baiklah, bagi subjek Sains Tingkatan 1, terdapat LIMA (5) tema utama yang murid-murid akan pelajari iaitu:
Tema 1: Kaedah Saintifik
Dalam tema ini terdapat satu bab sahaja iaitu Bab 1: Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik.
Tema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup
Dalam tema kedua ni terdapat tiga bab iaitu Sel Sebagai Unit Asas Hidupan, Koordinasi dan Gerak Balas, dan Pembiakan.
Tema 3: Penerokaan Unsur dalam Alam
Tema ketiga terdiri daripada tiga bab iaitu Jirim, Jadual Berkala dan Udara.
Tema 4: Tenaga dan Kelestarian Hidup
Terdapat satu bab sahaja dalam tema keempat ini iaitu Cahaya dan Optik.
dan yang terakhirrr
Tema 5: Penerokaan Bumi dan Angkasa Lepas
Tema yang kelima juga terdiri daripada satu bab sahaja iaitu Bumi.
Menarik kan semua tema ni? :)
Dannn sekiranya korang belum tahu, semua tema ni akan dibawa sehingga ke Tingkatan 3 (bagi yang menyambung pelajaran ke bidang Sains Tulen, iaitu subjek Fizik, Kimia dan Biologi), dan bagi murid yang menyambung pelajaran dalam bidang Sains Teras, semua tema ni akan dibawa sehingga ke Tingkatan 5! :)
Jadi, pastikan sekiranya anda seorang murid atau seorang guru, kita perlu ambil tahu tentang tema yang dipelajari supaya kita dapat menyediakan diri dengan pengetahuan sedia ada tentang sesuatu tema tu..
Baiklah, itu sahaja untuk perkongsian kali ini.
Semoga bermanfaat ye! 😁
No comments:
Post a Comment