Wednesday, December 23, 2020

Kecemerlangan Guru Sebagai Pemangkin Kualiti Pendidikan.

Kajian menunjukkan bahawa apabila dua murid berumur lapan tahun dengan prestasi sederhana (PRESTASI YANG SAMA) diajar oleh guru yang berprestasi tinggi, dan seorang lagi berprestasi rendah - prestasi pencapaian akademik murid tersebut berbeza sebanyak lebih daripada 50 poin persentil dalam tempoh tiga tahun.

(lihat gambar ketiga untuk penerangan yang lebih jelas)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Kecemerlangan Guru Sebagai Pemangkin Kualiti Pendidikan.
24.12.2020
10.00 - 11.30 pagi
YBHG. Datuk Dr Habibah Abdul Rahim
Walaupun KPM telah menetapkan beberapa kriteria asas, dapatan kajian menunjukkan terdapat atribut atau ciri-ciri membezakan guru cemerlang dengan guru yang lain.


1️⃣ Kualiti penyampaian pengajaran dan pembelajaran.
✅ memastikan penyediaan sebelum PdP adalah amat rapi.
✅ amat fleksibel dalam menukar bentuk penyampaian di dalam bilik darjah bergantung kepada penerimaan murid serta situasi semasa.
✅ guru cemerlang boleh membuat keputusan dengan cepat.


2️⃣ Pakar rujuk dalam bidang atau mata pelajaran yang diajar.
✅ Guru cemerlang mempunyai pengetahuan yang amat tinggi dalam bidang atau mata pelajaran yang diajar. Pengetahuan ini dimanfaatkan untuk penulisan buku teks, ilmiah, serta penggubalan soalan peperiksaan.


3️⃣ Mempengaruhi keberhasilan murid.
✅ Guru cemerlang memastikan pembelajaran murid diutamakan khususnya dalam meningkatkan penguasaan murid, meletakkan sasaran pencapaian bersama-sama dengan murid dan memastikan sasaran ini tercapai.


4️⃣ Menjadi mentor dan fasilitator kepada rakan sebaya.
✅ Guru cemerlang memainkan peranan penting dalam membimbing rakan sebaya. Guru cemerlang melihat pengetahuan yang dimiliki perlu dikongsi dengan rakan sebaya serta guru-guru lain dari sekolah berlainan.



🔥 Menjadi guru yang cemerlang bukanlah satu cita-cita atau hasrat namun ia merupakan satu kemestian bagi menjamin kualiti pendidikan dipacu ke hadapan.🔥
P/s:jika tidak mahu memohon untuk Guru Cemerlang, cukup sekadar kita memastikan kita bergerak ke arah Guru yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment

Pendekatan Bertema

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan guru. Bagi posting kali ini, saya akan kongsikan beberapa bahan mengenai Pendekatan Bertema...