Assalamualaikum dan hi semua..
Okay memandangkan dah lama tak update blog ni, teacher nak update tentang topik terbaru yang murid-murid belajar dalam PdPR 3.0 ni.
Science Form 3
Chapter 3: Transportation
3.2 Blood Circulatory System
Kalau kita rujuk dalam buku ataupun dalam rajah kat bawah ni kan, kita dapat lihat bahawa sistem peredaran darah dalam badan kita ni terdiri daripada tiga jenis salur darah yang penting tau!
Masing-masing ada ciri-ciri tertentu yang unik dan fungsi yang tertentu untuk pastikan satu sistem peredaran darah tu dapat berfungsi dengan baik.
* untuk vena (vein), dinding dia nipis, kurang berotot dan kurang elastik.
* disebabkan vena cuma mengangkut darah dengan tekanan yang rendah (Low Blood Pressure).
* vena ada injap (untuk pastikan darah mengalir sehala dan tidak berpatah balik).
* vena ada lumen yang besar, disebabkan dinding dia yang nipis.
*kapilari pula, dia ada dinding yang saaaaaaaaangat nipis.. haa SETEBAL SATU SEL sahaja, dan takde otot atau tisu yag elastik.
* dalam kapilari darah ni tiada injap dan saiz lumen dia PALING KECIL berbanding vena dan arteri.
*untuk arteri, dinding dia tebal dan berotot.
*dinding arteri ada banyak tisu elastik disebabkan arteri ni perlu tahan tekanan darah yang tinggi (High Blood Pressure).
*arteri tiada injap.
* lumen arteri pun kecil disebabkan dinding dia tebal.
FUNGSI:
* Vena bawa DARAH TERDEOKSIGEN dari seluruh badan (kecuali peparu) kembali ke jantung. Vena pulmonari sahaja yang bawa darah BEROKSIGEN dari peparu ke jantung.
* Kapilari darah, fungsi dia untuk pertukaran gas, makanan, bahan kumuh, antara DARAH dengan SEL BADAN. Pertukaran semua bahan ni berlaku secara resapan (diffusion) pada dinding kapilari yang setebal satu sel tu.
* Kapilari pula bawa DARAH BEROKSIGEN dari jantung ke seluruh badan (kecuali peparu). Arteri pulmonari sahaja yang bawa darah TERDEOKSIGEN dari jantung ke peparu.
PEREDARAN DARAH / PERGERAKAN DARAH:
* Vena - darah perlahan, tekanan darah rendah, tiada nadi.
* Kapilari - darah perlahan, tekanan darah berkurang, tiada nadi.
* Arteri - darah sangat laju, terdapat nadi yang dikesan.
Best tajuk ni sebab kita dapat kaitkan dengan diri kita sendiri. Sekarang ni kita tahu ada tiga jenis salur darah ni dalam badan kita dan masing-masing ada fungsi tersendiri. Sebagai manusia yang menghargai nikmat pemberian Pencipta, kita perlu pastikan kita menjaga kesihatan diri dengan cara menjaga pemakanan dan bersenam untuk pastikan kesihatan jantung dan sistem peredaran darah dalam badan kita.
okayy itu sahaja untuk perkongsian kali ni..
Semoga bermanfaat untuk korang semuaa.
π©Έπ©Έπ©Έπ©Έπ©Έ