Monday, January 25, 2021

PBD dalam PdP Bersemuka dan PdPR 🌟


Assalamu'alaikum wbt

Salam sejahtera.

Okayy ni adalah sharing dari Setiausaha Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kitorang, Cikgu Goey Seow Hooi..

Pesanan dari pegawai SISC+ PPD Daerah Seberang Perai Tengah.. Semoga bermanfaat 🌟

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Rakan2 guru yg dihormati. 

Berikut dikongsikan catatan ringkas 

Pelaksanaan dan Pembudayaan PBD bermakna dan berkesan dlm PDP bersemuka dan PDPR.

1. Sentiasa rujuk Dokumen Penjajaran Kurikulum,  buku panduan PBD oleh BPK KPM edisi ke 2, surat siaran PDPR dan manual PDPR. 

2. Menganalisis data PBD 2020 untuk post mortem dan merancang aktiviti 2021 yang bersesuaian dgn PdP bersemuka dan PDPR.

3. Perbincangan utk memantapkan PBD dlm PDPR (pelbagai kaedah pentaksiran‐pemerhatian/lisan/soal jawab/penulisan/projek/lain2) yg mudah, bersesuaian dan flexible. 

4. Memantapkan pemahaman SKPMG2S4 : 4.5 Guru Sebagai Penilai

5. Penjaminan kualiti (Pementoran,Penyelarasan,Pemantauan, Pengesanan). Ada takwim perancangan/carta gannt. 

6. Pembudayaan PLC untuk memantapkan PBD dlm PDPR. Antara tools PLC yg boleh digunakan...common assessment, teacher sharing session, learning walks dan lain2 yg bersesuaian. 

#minor changes,major impact

#PBD dlm suasana VUCA

#PBD norma baharu

Regards,

Nor Shifa Saad

SISC+ Sains Sosial PPDSPT


P/s: tq SU PBS, cikgu Goey Seow Hooi for sharing this info πŸ’•

Monday, January 18, 2021

Terapkan SKPMg2 walaupun Semasa Pdpr




 Bismillah..

Haa ingat lagi tak tentang elemen-elemen yang ada dalam SKPMg2? Cikgu-cikgu mesti dah familiar tentang ni kan. Setiap tahun kita akan dinilai dan juga membuat penilaian kendiri terhadap Pdpc kita bersama murid. Penilaian yang dibuat tu melibatkan pelaksanaan enam elemen penting iaitu;

SKPMg2 Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan.

🟣 4.1 Guru Sebagai Perancang

🟣 4.2 Guru Sebagai Pengawal

🟣 4.3 Guru Sebagai Pembimbing

🟣 4.4 Guru Sebagai Pendorong

🟣 4.5 Guru Sebagai Penilai

🟣 4.6 Murid Sebagai Pembelajar Aktif

Okay, untuk Pdpr, pelaksanaan elemen-elemen ni dilihat agak berbeza dan mencabar. Hal ini kerana kita semua sedia maklum, murid-murid kita bukan lagi berada di hadapan kita, di dalam kelas bersama kita, sebaliknya mereka berada jauh dari kawalan kita.

Jadi, bagaimana cara kita untuk memastikan kesemua elemen tetap dilaksana sepanjang pdpr?

✅ Pertama,

- Sebagai guru, kita perlu menyediakan RPH yang sesuai mengikut masa yang diperuntukkan untuk kelas tersebut, menentukan kaedah pentaksiran yang akan digunakan bagi menilai murid, juga menyediakan sumber pendidikan yang sesuai dan boleh dicapai oleh murid. 

- Kita boleh mencadangkan supaya murid menyediakan ruang khas untuk belajar di rumah. Ruang belajar tidak perlu mewah, cukup sekadar selesa dan dapat membantu murid menumpukan perhatian sepanjang pdp. Saya ada menonton satu webinar perkongsian dari seorang guru tuisyen online yang berkongsi pengalaman beliau bersama murid yang belajar di bawah meja dan di sebalik langsir, demi mendapatkan kawasan yang selesa dan ‘privacy’ untuk mereka belajar.

- semasa merancang, kita juga perlu memikirkan keupayaan murid dalam melaksanakan jumlah tugasan yang kita bekalkan.πŸ™‚

✅ Kedua,

- Sebagai pengawal Pdpr, kita memainkan peranan utama dalam menentukan isi pelajaran yang ingin dikuasai oleh murid, namun kita bolehlah melibatkan murid secara aktif. Sama ada semasa Google Meet, atau dalam perbincangan di group Whatsapp atau Telegram.

- Kita juga boleh mengawasi komunikasi murid sesama mereka, dan juga komunikasi mereka dengan kita. Kita sebagai guru dan orang dewasa, perlu menegur perlakuan/perkataan yang kurang sesuai (sekiranya ada). Kita perlu sedar bahawa murid-murid kita masih remaja dan perlu ditegur/dididik secara berterusan. Dengan zaman yang semakin canggih ini, murid banyak didedahkan dengan perkataan yang kurang sesuai. Haaa masa ni lah peranan kita sebagai guru untuk menegur mereka dengan cara yang berhemah.

- Tidak dilupakan, suasana pembelajaran yang menyeronokkan tetap boleh diwujudkan semasa pembelajaran online. Sekali sekala, kita boleh mengadakan kelas menggunakan aplikasi Google Meet atau Zoom atau Webex, supaya dapat berkomunikasi secara dua hala dan secara aktif untuk mengetahui keadaan murid-murid kita. In syaa Allah, kita sesuaikan dengan keadaan dan capaian internet kita serta murid.πŸ™‚

✅ Ketiga,

- Sebagai pembimbing, kita perlu memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi kemahiran. Oleh itu, kaedah memberi kerja rumah melalui whatsapp semata-mata, tidak mencukupi. Kita perlulah memastikan bahawa murid mendapat sumber pendidikan yang sesuai, dan dibimbing untuk menyelesaikan masalah yang diberikan, dan dibimbing membuat keputusan.

- Murid boleh menghubungi guru di dalam group kelas ataupun secara personal. Fleksibel sangat penting dalam Pdpr, namun perlu disesuaikan dengan pengurusan masa guru. Sekiranya kita selesa dihubungi murid selepas waktu kelas, kita boleh memaklumkan kepada murid. Kita juga boleh menetapkan masa yang tidak sesuai, sebagai contoh, selepas jam 10.00 malam dan sebagainya. Bagi guru yang tidak mempunyai kekangan, tidak menjadi masalah untuk menjawab pertanyaan murid selepas waktu tersebut. Semuanya bergantung kepada cara guru tersebut. Tidak ada satu kaedah yang betul untuk semua guru. Yang penting, murid dapat mengaitkan isi pelajaran yang dipelajari dengan kemahiran yang ingin dicapai. πŸ™‚

✅ Keempat,

- Guru sebagai pendorong. Dalam elemen ini, guru boleh merangsang murid untuk berkomunikasi dan berkolaboratif sesama mereka. Kita boleh mewujudkan kumpulan murid untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Murid juga boleh dilantik sebagai guru muda bagi membimbing rakan mereka.

- sebagai guru, kita cuma memastikan semua murid diberi peluang untuk memimpin, mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran. Memandangkan murid berada jauh dari kita, jadi amat penting untuk kita mewujudkan rasa selesa dalam diri murid untuk bertanyakan soalan kepada kita.

- kita juga perlu sentiasa menghargai dan memberi galakan kepada murid. Haa murid yang rasa dihargai, pasti akan menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam penglibatan pdpr. πŸ™‚

✅Kelima,

- Kita tidak dapat lari dari melaksanakan PBD atau Pentaksiran Bilik Darjah. PBD penting dalam menentukan Tahap Penguasaan (TP) murid kita. 

- sebagai pentaksiran, pelbagai kaedah boleh dijalankan untuk melihat sejauh mana penguasaan murid dalam sesebuah topik. Bagi murid yang mencapai, pencapaian mereka akan direkodkan dalam Rekod PBD. Bagi murid yang belum mencapai, guru boleh memberi latihan dalam bentuk yang lain. Dari sini, guru dapat mengenalpasti kelompok murid yang perlu diberikan perhatian.

- Dari rekod PBD, kita juga boleh membuat refleksi tentang keseluruhan Pdpc kita. Seterusnya, kita boleh menambahbaik, mengubah, mengikut kesesuaian guru dan juga murid kita.

✅ Keenam,

- Murid sebagai pembelajar aktif. Memang kita tak dapat nafikan, penglibatan murid menunjukkan keberkesanan Pdpr kita. 

- sekiranya murid memberikan respon, berkomunikasi secara aktif dalam kelas dalam talian (Google Meet/Zoom/Webex) dan luar talian (chat di Google Classroom/ penghantaran modul), dapat menyelesaikan masalah, aktif, yakin, dan berhemah, murid telahpun menjadi seorang pembelajar yang aktif.

- Perlu sentiasa diingatkan, apa yang kita perlu fokus bukanlah semata-mata hasil, tetapi juga proses murid belajar untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Hasil boleh dilihat dalam bentuk respons murid, sikap murid, cara murid berkomunikasi, skor murid dalam kuiz, sesi soal jawab semasa kelas, soal jawab secara personal bersama guru, skor ujian, skor peperiksaan, dan macam-macam cara lagi. πŸ™‚

🌟 Baiklah, dengan adanya panduan dari SKPMg2 ini, diharapkan agar kita semua dapat menyediakan sesi Pdpr yang berkesan dan bermakna untuk anak-anak murid kita. 

🌟 Kerjasama dan komunikasi antara guru-murid-ibu bapa sangat penting dalam memastikan proses Pdpr berjalan secara seronok dan bermakna.

Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Semoga bermanfaat ye ✨

Friday, January 15, 2021

Bagi Pelajar Syok! Tip untuk Merancakkan Pembelajaran Digital



Bismillahh

Okayy ni perkongsian Webinar pada hari Khamis yang lepas.. Sesi perkongsian yang santai dan best dari panel yang versatile!

Best πŸ‘πŸ»✨

Sharing from cikgu Hailmi, cikgu-cikgu boleh buat survey untuk tahu kekangan sebenar murid2 kita..


Contohnya;

✅ Adakah anda memiliki jadual belajar di rumah?

✅ Adakah anda memiliki gadjet untuk kelas online?

✅ Adakah anda berkongsi gadjet?

✅ Adakah anda memiliki ruang khas untuk belajar?


Etc (boleh refer gambar graf survey)


Dari situ, kita takkan assume murid takda gajet dan jadi down utk teruskan kelas. So kita akan cari cara pulak, mcm mana nak tarik minat students masuk kelas kita. Contohnya contact parents, tanya kalau2 ada masalah lain, dan mcm2 cara lagila, ikut kesesuaian kawasan kediaman kita, negeri kita, sekolah kita, latar belakang murid kita, status perintah kawalan di kawasan kita tu (PKP/PKPB/PKPP).. apapun kena ikut SOP yang dah ditetapkan.


Tiga Cabaran Kelas Online;

🧑 Tempat

🧑 Peralatan

🧑 Sikap


Sharing dari Sir Uzairi pun bestt

πŸ’– cikgu2 kena sentiasa positif dan tunjukkan pd murid, so that murid2 kekal bersemangat.

πŸ’– semasa kelas, sekali sekala cikgu2 boleh on camera, murid2 pun boleh on camera, supaya ada interaksi 2 hala secara aktif berlaku.

πŸ’– beri pujian kepada murid kita. Murid pun beri pujian kepada guru! Menurut Sir Uzairi tadi, semuanya tentang komunikasi dua hala. Hargai usaha murid dan guru, dengan cara beri pujian dan galakan πŸ‘πŸ»πŸŒŸ

πŸ’– semasa kelas online, apa sahaja yang berlaku (cth: bunyi bising, anak menangis, anak bergaduh, jiran renovate rumah, jiran memasak bising2 kat dapurπŸ˜‚), react secara positif, react secara santai, jangan expect suasana akan jadi sangat perfect untuk jalankan kelas online.

πŸ’– nasihat Sir Uzairi juga kepada yang bertanya soalan tadi, sekiranya ada guru2 yang tak jalankan kelas online seperti guru lain, murid mungkin boleh tegur atau beri pendapat secara baik. Semua pihak perlu bijak menyesuaikan diri dalam suasana New Norm ni..

Hehe memang new norm kan, hope kita cikgu-cikgu dan murid-murid pun dapat biasakan diri dengan semua cabaran ni.. dan improve lagi untuk tahun 2021.. in syaa Allah..

Wallahualam..

Tq guru2 hebat atas perkongsian! 🌟

Wednesday, January 13, 2021

Webinar "Bagaimana Menjadi Guru Influencer?"

 Okayy Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.. okay so harini saya nak kongsikan sikit tentang satu webinar yang menarik dari cikgu Hailmi! Baru je tengok semalam dan sangat excited nak share apa yang cikgu Hailmi kongsikan! Hehe



Okayy so kalini, cikgu Hailmi kongsikan webinar bertajuk “Bagaimana Menjadi Guru Influencer”. Haa so, macam mana nak jadi seorang guru Influencer?

 

1.     Penulisan Blog

-    Cikgu Hailmi mula menulis blog sejak tahun 2013, dan beliau kongsikan tentang kerjaya beliau sebagai guru sains dan kimia dan juga seorang guru sofbol.

-       Cikgu Hailmi menjadikan penulisan blog sebagai hobi dan aktiviti untuk mengisi masa lapang.



-     Beliau mula menulis blog apabila mendapati bahawa murid-murid dan beliau sendiri

            sukar untuk mencari maklumat tentang subjek Sains dalam bahasa Melayu, di
            laman web. 

-       Jadi, beliau mula menghasilkan nota (point-point penting) yang sesuai dengan tahap murid.


-       Beliau juga berkongsi tentang aktiviti yang beliau lakukan bersama anak murid.


-    Cikgu Hailmi turut berkongsi tentang kenangan perjalanan beliau ke kawasan yang jarang dilawati di Sarawak dan tempat-tempat lain.


-       Selain tu, cikgu Hailmi jugak ada share kan panduan-panduan untuk guru, contohnya “Panduan Guru Cemerlang”.


-  Cikgu Hailmi menegaskan kepada kita, betapa pentingnya “transformasi” dalam penghasilan content blog. (link, gambar, template). Tips tambahan: Transformasi penting untuk pastikan blog kita sesuai dengan paparan menggunakan telefon, telefon pintar dan laptop. Di bawah ni, cikgu Hailmi ringkaskan beberapa transformasi yang beliau dah pun lakukan :) 


2.     Content creator di Youtube.

 

-       Cikgu Hailmi aktif menghasilkan video perkongsian di youtube.

-       Video yang beliau hasilkan mengandungi bahan multimedia: tulisan, audio, voice over.

-       Gaya bahasa yang digunakan mestilah ringkas, santai dan mudah difahami. 

-  Cikgu Hailmi banyak menghasilkan video aktiviti murid yang digunakan sebagai rujukan guru di seluruh Malaysia!

 

3.     Pendidikan Pasca Covid-19

 

-       Pembelajaran Digital

-       Streaming (Pdp secara LIVE dari youtube atau facebook)

-       Kawalan Murid melalui aplikasi whatsapp.

-       Penghasilan Kandungan

-     P/s: webinar di Indonesia telahpun bermula sejak tahun 2018 kerana mengambil kira negara yang besar dan perlu kos yang tinggi untuk kumpulkan para guru.



4.     CikgooTUBE

 

-       Cikgu Hailmi berkongsi tentang sejarah penubuhan cikgooTUBE yang datangnya dari idea Tun Mahathir yang membuat lawatan ke Jepun, dan beliau mendapati guru di Jepun akan menggunakan video guru mereka yang cemerlang sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas.

-      Guru-guru yang aktif menghasilkan video kemudiannya dikumpulkan di BTPN Perak dan seterusnya perjumpaan pertama Dr Amin Senin bersama guru-guru cikgootube dilaksanakan pada Disember 2019. 

-    Sejak itu, semakin ramai guru aktif menghasilkan video dengan content subjek masing-masing. Tahniah cikgootube! Hehe

 

5.     Platform Tik Tok



-  Cikgu Hailmi banyak mendedahkan kepada kita tentang aplikasi Tik Tok serta menerangkan kelebihan menggunakan aplikasi Tik Tok sebagai salah satu medium menyampaikan kandungan pengajaran guru-guru.


-   Kelebihan Tik Tok yang ketara ialah video yang berdurasi 1 minit sahaja (sangat engaging), banyak content bermanfaat tentang pengetahuan am, pengetahuan tambahan yang disampaikan dengan kreatif dan hanya selama 1 minit! Tik Tok juga akan memaparkan video berdasarkan preference penonton, berdasarkan behavior kita! Yaaa bijak kan Tik Tok ni! Sebenarnya sekarang ni kalau kita sedar, semua media sosial dah mula beroperasi dengan cara ni.. apa orang kata tu,, algoritma? Hehe.. contohnya, kalau kita suka menonton video tentang sains, Tik Tok akan suggest video-video dengan content sains kepada kita. Kalau kita minat tonton tentang gardening contohnya, so feed Tik Tok tu akan penuh dengan video berkaitan gardening. Haa so kita yang tentukan apa yang ada pada Tik Tok kita. (peranan kita sebagai guru penting untuk create content yang bermanfaat dalam Tik Tok).


-      Video Tik Tok yang kurang dari 1 minit juga menunjukkan kekreatifan content creators ni untuk ‘cramp’kan content mereka supaya cukup 1 minit. So penonton pun tak sempat nak bosan dengan content yang pendek (sesuai sangat dengan gaya belajar generasi sekarang ni kan..huhu)

 

6.     Cara untuk S.U.R.V.I.V.E?

-      Pertama, guru-guru perlulah banyakkan content! Contohnya kalau kita gunakan Tik Tok, perlu hasilkan banyak video Tik Tok. Kalau di youtube pun sama juga, guru-guru perlu hasilkan content yang banyak dan berkualiti. Viewers yang pada awalnya tak ramai tu in syaa Allah akan meningkat, dengan adanya video yang pelbagai dan semakin berkualiti.. hehe

-       Kedua, SEO atau Search Engine Optimization ni jugak penting untuk pastikan content yang kita hasilkan tu mudah untuk dicari, didapati dan dicapai oleh pengguna media sosial. Blog yang dihasilkan tu akan jadi mesra (mudah dijumpa di Google search engine, ada tips and trick yang boleh dipelajari ya cikgu2!hehe).

-    Ketiga, penggunaan pelbagai media sosial dan saling berhubung. Link kandungan yang dihasilkan tu, dikongsikan di facebook, instagram, twitter, youtube dan lain-lain media sosial.

-   Terakhir, mestilah I.S.T.I.Q.A.M.A.H atau disiplin menghasilkan content di blog/youtube channel.

 

** Banyak content.

-    Guru-guru yang hasilkan blog/ youtube channel/ Tik Tok perlu ada niche. Contohnya blog cikgu Hailmi dengan niche pendidikan.

-   Perlu fokus, contohnya video yang dihasilkan tu mestilah fokus tentang subjek kita, contohnya 

 

**Sokongan Socmed.

-    Cikgu Hailmi memiliki FB Page, Youtube, Instagram dan Twitter dengan ribuan likers dan followers! Phewww such an inspiration hehe

 

** Mesra SEO

- Blog mengandungi pelbagai multimedia seperti foto dan video (ada caption/properties).

-       Gunakan keyword yang sesuai dengan artikel yang guru-guru hasilkan tu.

-    Tajuk yang sesuai, jelas dan menarik minat pembaca. (Tips cikgu Hailmi untuk blogger: Kurangkan perkataan yang ada imbuhan dalam tajuk artikel kita).

-    Customize link supaya ada kata kunci (mudah dijumpai oleh pembaca).

-       Perenggan pertama ada kata kunci.


**Istiqamah



-       Jadual kekerapan, contohnya: 2 minggu 1 artikel.

-     Simpan kerajinan, setting schedule post di blog kita. Kita boleh tuliskan idea kita dan kongsikan secara berkala supaya blog kita tu kelihatan sentiasa di’update’ cewahhh


-     Repost untuk topik yang pernah ditulis, contohnya topik eGTukar, Guru Cemerlang, Cuti Sekolah, dll topik yang berulang setiap tahun)


-       Pembantu juga penting untuk membantu kita guru-guru untuk bantu menulis artikel di blog kita (ni kalau dah hebat macam cikgu Hailmi lah ya hehe), jadi blog tetap update walaupun dengan kesibukan kita dengan pelbagai tugas sebagai seorang guru.

 

7.     Apa yang Cikgu Hailmi dapat dari penulisan Blog?



a)     Boleh kongsikan ilmu


-   tak perlu ulang untuk ceritakan tentang perkara yang sama kepada rakan yang berbeza,

-       boleh kongsikan panduan kepada guru lain, contohnya panduan buat visa ke USA.

-   Boleh kongsi kisah ‘rare’, contohnya Pertukaran Korea, Bengkel STELR, Honeywell Educators at Space Academy CERN Geneva.

 

b)    Refleksi diri 


-       setiap tahun pencapaian, apa yang telah dibuat sepanjang tahun tersebut, kita sendiri dapat lihat apa progress diri sendiri dan boleh tambah baik,


-       Motivasi kepada diri sendiri, Inspirasi kepada rakan guru lain


 

c)     Tawaran menulis

-       guru yang minat, boleh menulis di ruangan akhbar.

-       buku rujukan.

-       Majalah Pendidik

-    Buku PAK21 dan STEM oleh cikgu Hailmi (boleh didapati di blog Cikgu Hailmi atau di shopee ya, hehe)

 

d)    Anugerah – pelbagai anugerah yang cikgu Hailmi dapat (rujuk gambar).



e)   Kerjasama strategik – Frogasia, McDonalds, Sunway Universiti, maxis, RIZQ Islamic School.

 

f)  Ceramah – cikgu Hailmi aktif memberikan ceramah dan perkongsian di pelbagai platform!

 

g)   Passive income – Ads, review dan paid article.

 

8.     Tips Menulis/ Menghasilkan Content yang baik



-       Tulis dari hati


-   Target audience, jangan syok sendiri, create content yang sesuai dengan targeted audience kita.


-       Educational (Critical/ Emotional), tulis dengan baik tentang sesuatu isu walaupun kita kurang bersetuju dengan isu tersebut, ambil dari sudut pandang yang positif (contohnya isu Job Description), kita cuba lebih matang dalam menulis. Be Profesional! Hehe


-    Sentiasa ingat, apa yang kita tulis, akan dibawa ke mati. Jadi, tulislah content yang bermanfaat 

 

9.     TIPS menarik:



-         Bahasa santai dan sampai, seolah sedang bercakap dan bercerita.


-        Branding (tagline, lagu etc)


-    K.I.S.S , keep it simple and short (1-6 minit untuk video), tulis dalam bentuk yang ringkas.


-   Untuk rakaman video pula, ambil rakaman panjang, kemudian potong dan edit mengikut kesesuaian. 


-       Subscribe, Like & Share pun penting ye :)


-       Buat playlist untuk video kita – contoh “Sains KSSM Tingkatan 3”


-       Share menggunakan url shortener (eg: bit.ly), supaya memudahkan rakan lain untuk berkongsi.

 

Okayy semoga bermanfaat ya! selamat menulis dan selamat menjadi Influencer yang berkesan, cikgu-cikgu!  Tqvm cikgu Hailmi sifu kita :D 


p/s: kepada yang terlepas menonton webinar tu, bolehlah tonton di youtube https://youtu.be/XQ46zD_Hds8



Okayy sekian untuk kali ni, bubbyee dan Assalamualaikummm :)

Saturday, January 9, 2021

I’m an Apple Teacher! 😍🍎

Okay Alhamdulillah 2021!

Finally berjaya spend masa untuk explore, pheww.. 

Baca message from Apple Teacher Learning Center ni mcm semangat pulak tau!


“Congratulations! You’ve learned new skills and are now a recognized Apple Teacher. And this is just the beginning of your learning journey with Apple. We’re excited to share even more with you.


What’s next?


Now it’s time to start bringing your new skills into your teaching every day. Try making one lesson each day more fun, interactive, and meaningful with iPad or Mac, and share those ideas with other educators.”


In syaa Allahh πŸ˜‚πŸ˜

Semoga istiqamah improve skills dalam Pdpc dan PdPr, nadia! πŸ˜‚πŸ’ͺ🏻✨


Haa okay siapa yang nak explore,jomla! Serius, baaaaaaaaanyak sangat benda yang boleh belajar from laman web ni:


Apple Teacher Learning Center

appleteacher.apple.com 🍎


P/s: untuk students dan anak2 kita pun, boleh encourage diorang untuk gunakan apps yang ada dalam ipad/mac ni..serius best ✨


“This year school changed.

But education did not stop.” 🍎

Pendekatan Bertema

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan guru. Bagi posting kali ini, saya akan kongsikan beberapa bahan mengenai Pendekatan Bertema...